twitter   

PROGRAM PENINGKATAN SOSIO-EKONOMI MELALUI PELAN STRATEGIK KELANTAN MELANGKAH KEHADAPAN 2016-2025 (KMK) DAN MAKMAL JARINGAN SOSIAL (SNL) UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (UMK) PERINGKAT JAJAHAN TUMPAT 2019

Program Peningkatan Sosio-Ekonomi Melalui Pelan Strategik Kelantan Melangkah Kehadapan 2016-2025 (KMK) Dan Makmal Jaringan Sosial (SNL) Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Peringkat Jajahan Tumpat 2019 telah diadakan pada 4 Januari 2019 dan 5 Januari 2019 bertempat di Dewan Bunga Raya, Pantai Sri Tujoh, Tumpat Kelantan. Program ini diadakan bertujuan untuk mempromosikan hasil-hasil industri desa selain memperkenalkan bantuan-bantuan yang ada dan mengetengahkan lagi produk IKS melalui packaging dan penjenamaan semula yang lebih menarik serta mewujudkan dan memperkenalkan peluang pekerjaan terutama dari segi kemahiran yang sedia ada. Program ini dirasmikan oleh Yang Berhormat Adanan Bin Hassan, ADUN Kelaboran yang mewakili YAB Ustaz Dato' Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan. Turut hadir pada program ini ialah YB Dato' Haji Che Abdullah bin Mat Nawi, Ahli Parlimen Tumpat, YABrs Rosnazli bin Haji Amin, Ketua Jajahan Tumpat YBHg Prof Dato Dr. Haji Ibrahim bin Che Omar, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, Universiti Malaysia Kelantan. YB Mohd Rosli bin Abdullah, ADUN Wakaf Bharu, Ketua-ketua Jabatan Negeri dan persekutuan, Pegawai-pegawai pengurusan Universiti Malaysia Kelantan, Pengawa-penggawa, penghulu mukim dalam Jajahan Tumpat, Kakitangan Universiti Malaysia Kelantan dan warga masyarakat sekitar Tumpat. Untuk berita bergambar, sila ke pautan di bawah ini : https://www.facebook.com/Pejabat-Tanah-Dan-Jajahan-Tumpat-163356333719297/?ref=bookmarks

Cetak Emel

Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Banjir Peringkat Jajahan Tumpat

 

Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Banjir Peringkat Jajahan Tumpat telah diadakan pada 24 Oktober 2018 bersamaan dengan 15 Safar 1440. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YABrs. Ketua Jajahan Tumpat. Ahli mesyuarat terdiri daripada semua ketua jabatan negeri dan persekutuan di seluruh jajahan Tumpat. Turut hadir dalam mesyuarat ini ialah YB ADUN Wakaf Bharu dan YB ADUN Kelaboran. Mesyuarat ini diadakan bagi persediaan menghadapi banjir pada tahun ini.

Untuk berita bergambar, sila ke pautan di bawah ini :

https://www.facebook.com/Pejabat-Tanah-Dan-Jajahan-Tumpat-163356333719297/?ref=bookmarks

 

Cetak Emel

  Pendaftaran pindah milik tanah dapat disiapkan dalam masa 1 hari 
  Dokumen yang dikemukakan perlu lengkap dan mematuhi senarai semak
  Pendaftaran 1 hari di semua Pejabat Tanah dan Galian serta Pejabat Tanah dan Jajahan di Semenanjung