A-
faq hubungi kami aduan dan maklumbalas peta laman

BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN

OBJEKTIF BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN

  • Memberi perkhidmatan yang sempurna dalam mengurus majlis dan  keraian, perayaan  diperingkat jajahan.
  • Memastikan keselamatan pegawai dan kakitangan berada dalam keadaan selamat.
  • Menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan yang cekap dan berkesan kepada pelanggan dalaman dan luaran supaya kehendak-kehendak mereka dapat dicapai.
  • Melaksanakan tugas-tugas yang berkaitan dengan perkhidmatan kakitangan  termasuk penggawa dan penghulu.
  • Melaksanakan tugas-tugas yang berkaitan dengan pentadbiran kewangan termasuk mengurus semua tuntutan bayaran elaun perjalanan, gaji, pembelian bekalan dan inventori dan perkhidmatan serta menyediakan rekod.
  • Memberikan khidmat sokongan teknikal dalam teknologi maklumat dan komunikasi kepada penjawat awam dan komuniti ke arah merealisasikan Program Kerajaan Elektronik di Peringkat  Jajahan
  • Menyelaras dan mengawasi penggunaan sistem, peralatan, server dan lain-lain yang berkaitan.
  • Membangun dan mengemaskini Laman Web Jabatan.
  • Menyediakan latihan untuk semua pegawai dan anggota termasuk latihan pengguna.
  • Mewujudkan jentera Pentadbiran Jajahan yang cekap, cemerlang dan berkualiti.
  • Mempertingkatkan sistem pembangunan teknologi informasi yang bersepadu.
  • Menguruskan dan mewakili hal-hal keselamatan.

 

OBJEKTIF UNIT PENTADBIRAN DAN KEWANGAN

  • Mengurus hal ehwal pentadbiran dan kewangan secara efektif dan efisyen supaya dapat meningkatkan kualiti pengurusan pentadbiran peringkat Jajahan
  • Mengawasi disiplin dan memproses tindakan tatatertib.
  • Mengurus segala cuti, menyedia dan memproses dokumen persaraan.
  • Menyelaras kursus-kursus, seminar dan bengkel bagi meningkatkan kefahaman tenang dasar dan peraturan kerja semasa.
  • Menyelaras Penilaian Prestasi Tahunan Dan Panel Pengurusan Sumber Manusia (PPSM).

 

OBJEKTIF UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT

  • Memberikan khidmat sokongan teknikal dalam teknologi maklumat dan komunikasi kepada penjawat awam dan komuniti ke arah merealisasikan Program Kerajaan Elektronik di Peringkat  Jajahan
  • Menyelaras dan mengawasi penggunaan sistem, peralatan, server dan lain-lain yang berkaitan.
  • Membangun dan mengemaskini Laman Web Jabatan.
  • Menyediakan latihan untuk semua pegawai dan anggota termasuk latihan pengguna.

 

OBJEKTIF UNIT KERAIAN

  • Menyelaras, mengatur dan melaksanakan program-program berbentuk sambutan, keraian dan majlis rasmi kerajaan negeri dan persekutuan di peringkat daerah, mukim dan kampung.
  • Menyelaras dan mengadakan pelbagai mesyuarat peringkat di Jajahan

 

OBJEKTIF UNIT KESELAMATAN

  • Membantu BKN Jajahan  sebagai S/U Keselamatan Jajahan Dan S/U Pengurusan Dan Bantuan Bencana Jajahan.
  • Merancang dan melaksanakan kempen-kempen bersama dengan agensi berkaitan.
  • Kemaskini Terakhir: Khamis 22 Ogos 2019.
© Hakcipta Terpelihara {2018} Pejabat Tanah Dan Jajahan Tumpat. Paparan terbaik dengan IE 7.0, Google Chrome 10.0, Safari 4.0, Opera 10.0 atau Mozilla Firefox 3.0 dengan resolusi 1280 x 800.