A-
faq hubungi kami aduan dan maklumbalas peta laman

Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V dan Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan, telah ampuni berkenan berangkat ke program tahunan iaitu Qiam With Me 1440H bertempat di Masjid Ismaili, Bandar Baru Pasir Pekan pada 26 Ramadhan 1440H bersamaan 31 Mei 2019.
Tuanku Sultan Kelantan turut menunaikan solat Isyak dan solat sunat terawih bersama rakyat. KDYMM Sultan Muhammad V diiringi YTM Tengku Mahkota Kelantan berkenan menyampaikan sumbangan zakat kepada 1440 orang asnaf-asnaf dan fakir miskin dari seluruh negeri kelantan. Kemudian baginda menyertai majlis Qiamullai, bermula jam 4.00 pagi dan berakhir dengan solat subuh berjemaah.
Turut berangkat hadir pada majlis ini ialah YBM. Tengku Temenggong Kelantan seterusnya YAB. Dato' Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan, YB Dato' Kaya Setia, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Ketua Jajahan Tumpat, Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan Negeri Kelantan serta rakyat jelata dari seluruh Negeri Kelantan.

 

link bergambar :-

Tumpat, 22 Ramadhan 1440H bersamaan 27 Mei 2019M -
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V Sultan Kelantan berkenan berangkat ke Majlis Ihya Ramadhan dan solat sunat Terawih bersama Tengku Temenggung Kelantan di Masjid Al-Hidayah, masjid Mukim Kampung Laut, Tumpat. Majlis dimulakan dengan iftar seterusnya solat Maghrib, Isyak dan solat Terawih dipimpini oleh imam Masjid Kampung Laut. Selepas itu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V berkenan menyampaikan zakat kepada 100 asnaf di Jajahan Tumpat.

 

link bergambar:-

Majlis Tadarus Al-Quran dan Penyampaian Anugerah Masjid Terbaik, Tokoh Imam dan Bilal Terbaik Peringkat Jajahan Tumpat Tahun 1440/2019M telah diadakan bertempat Di Masjid Ismaili Bandar Tumpat, Tumpat Kelantan, pada Isnin 15 Ramadhan 1440 Bersamaan 20 Mei 2019. Majlis Penyampaian Anugerah- Anugerah ini disampaikan oleh YABrs Rosnazli bin Haji Amin, Ketua Jajahan Tumpat.

Anugerah Masjid Terbaik:
1. Masjid Mukim Bechah Resak , Daerah Terbak
2. Masjid Mukim Kampung Laut, Daerah Sungai Pinang
3. Masjid Mukim Alor Pasir, Daerah Wakaf Bharu
4. Masjid Mukim Kelaboran, Daerah Tumpat
5. Masjid Mukim Pak Keral, Daerah Tumpat.

Penerima Anugerah Tokoh Imam Terbaik ialah:-
1. Daud @ Ab. Aziz bin Ab. Rahman
Imam Tua Masjid Mukim Chabang Empat.
2. Abdu Aziz bin Yusof
Imam Tua Masjid Mukim Berangan Selehor
3. Wan Mohammad bin Wan Yusoff
Imam Tua Masjid Mukim Morak

Penerima Anugerah Tokoh Bilal Terbaik:-
1. Mohd Sanusi bin Mohammad
Bilal Masjid Mukim Wakaf Bharu
2. Mohd Sukri bin Ismail
Bilal Masjid Mukim Morak
3. Mohd Zawawi bin Muda
Bilal Masjid Mukim Berangan

 link Bergambar :

 

  • Kemaskini Terakhir: Isnin 23 September 2019.
© Hakcipta Terpelihara {2018} Pejabat Tanah Dan Jajahan Tumpat. Paparan terbaik dengan IE 7.0, Google Chrome 10.0, Safari 4.0, Opera 10.0 atau Mozilla Firefox 3.0 dengan resolusi 1280 x 800.